ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka akan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam waktu terdekat berhubung projek Kedah Aerotropolis.
Menurut beliau, pertemuan berkenaan akan dijadikan platform bagi menerangkan secara terperinci mengenai projek berkenaan yang akan menjadi 'game-changer' kepada peningkatan sektor ekonomi melibatkan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.
Jelasnya, Perdana Menteri difahamkan ketika ini beranggapan bahawa projek Kedah Aerotropolis yang akan dilaksanakan itu akan melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
Sehubungan itu, KXP AirportCity Holdings Sdn. Bhd. (KXP Holdings) telah diarahkan bagi mengaturkan perjumpaan tersebut dalam waktu terdekat.
"Saya difahamkan Perdana Menteri ingat projek ini (adalah) projek (yang) kita hendak (gunakan) duit (atau peruntukan daripada) kerajaan Persekutuan, dalam keadaan kantung kewangan Kerajaan Persekutuan yang kurang memberangsangkan, tentulah kerajaan berpandangan projek ini perlu ditangguhkan.
"(Maka) saya ingin bertemu Perdana Menteri untuk beri penjelasan sepenuhnya berkenaan projek ini dan projek lain yang menjadi komponen kepada Kedah Aerotropolis seperti Hab Logistik, Aeroangkasa dan Pembuatan Sidam (SLAM) dan Lebuh Raya Koridor Utara (NCH) yang akan dilaksanakan NCIA, dan beberapa komponen penting (yang lain).
"Semua projek ini akan dilaksanakan secara PFI (pelaburan swasta), (dan saya) harap projek ini dapat mencerahkan pandangan Kerajaan Persekutuan yang baharu untuk menyokong projek kita, (yang mana merupakan) satu-satunya yang kita anggap sebagai game-changer ekonomi di Wilayah Utara Semenanjung.
"Manfaatnya bukan sahaja untuk faedah bagi negeri Kedah (malah) juga untuk (negeri) Pulau Pinang, Perak dan Perlis," katanya.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, beliau turut menyatakan bahawa kerajaan negeri juga akan mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Persekutuan khususnya melibatkan urusan pengambilan tanah.
Selain itu, kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan juga diperlukan bagi membangunkan projek berkaitan lapangan terbang.
Beliau turut memaklumkan bahawa, sesi temuduga dan penilaian juga telah dilaksanakan dua minggu yang lalu melibatkan syarikat-syarikat yang berminat bagi membangunkan Kedah Aerotropolis.
Setakat ini, jelas Sanusi, dua syarikat telah disenarai pendek, dan telah dimaklumkan mengenai aspek teknikal yang akan dikenal pasti untuk dipenuhi kedua-dua syarikat berkenaan.
Abd Hadi Che Awang
Wed Jan 04 2023
Menurut Sanusi, Perdana Menteri difahamkan ketika ini beranggapan bahawa projek Kedah Aerotropolis yang akan dilaksanakan itu akan melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.- Foto Astro AWANI
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia, Rafah
Serangan serentak Israel di Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang laluan baharu untuk mengagihkan bantuan daripada jeti binaan Amerika Syarikat di Gaza.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia dan Rafah
Tentera Israel menceroboh lebih dalam ke Jabalia di utara Gaza, menyerang sebuah hospital dan memusnahkan kawasan kediaman dengan kereta kebal dan pengeboman udara, pada Selasa.
Berjihad tawarkan kepakaran memasak kepada 31,600 jemaah di tanah suci
Chef Anas Ahmad dari Perlis memilih untuk tinggalkan keluarga dan lupakan bisnes kedai makanan hanya untuk berbakti kepada 31,600 jemaah dengan menawarkan kemahiran memasaknya atas alasan ia adalah satu jihad kerana tiada wang yang banyak untuk diberikan.
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
Pelabur Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
Kedah Aerotropolis terus mendapat kepercayaan pelabur antarabangsa apabila memeterai kerjasama baharu dengan pelabur dari Itali.
'Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad'
Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang sedang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan akan menilai keperluan sebenar projek pembangunan lapangan terbang termasuk Kedah Aerotropolis.
Kedah Aerotropolis: Belum ada permohonan rasmi kebenaran aerodrome diterima - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bertegas, beliau belum menerima sebarang permohonan rasmi bagi mendapatkan kebenaran aerodrome untuk pelaksanaan projek Kedah Aerotropolis.
Kedah Aerotropolis: Sanusi akan jumpa PM Anwar, terangkan secara terperinci
Sanusi akan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam waktu terdekat berhubung projek Kedah Aerotropolis.
KXP dijenamakan kepada Kedah Aerotropolis
Bukan sahaja lapangan terbang yang akan dibina sebaliknya merangkumi sebuah bandar raya baharu di persekitarannya.